Showing posts with label Love. Show all posts
Showing posts with label Love. Show all posts

January 19, 2011

Dari Mata Turun Ke Hati

Makan di Velo tadi malam . Aku tak lepas tatap setiap seorang dari mereka .

Aween 
Nana
Myra
Fira
Meen
Hajar
Siti
Gee
Bier
Wan
Syahir

Tengok , lihat , renung tiap gelak tawa , masam mencuka , manja ceria .
Ada satu rasa sebak dalam hati . Terfikir .
Akan ada lagi tidak semua ni lepas ni ?
Dapat tidak aku lihat lagi setiap senyum suka masam duka semua ni lepas ni ?
Fikir .

Tidak lama sama kan ?
Tapi cukup untuk buat aku puas dengan gelak tawa , caci maki , nangis teriak , majuk manja bersama .
Aku puas .
Aku sayang .
Yang pasti aku akan rindu semua ni .
Begitu juga engkau-engkau semua ; akan rindu aku satu hari nanti .

Terima kasih buddies .



Kawan-kawan jangan marah aku upload ni eh . Sebab aku rasa COMEL GILA gambar mata besar ni . Hihihi ~ ^^

November 6, 2010

Biar Jiwa

kau bikinku gigit bibir sendiri

lamakah lagi kita sepi?
kau bikinku renung sinar mentari
lamakah lagi kita begini?

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

berkaliku mintakan dari dulu
usah kau tunggu ucap itu
berkaliku bisikkan pada kamu
usah kau buntu aku milikmu

alangkan bulan terang
hilang nyawa tanpa bintang
apalagi aku

alangkan bunga kembang
pudar warna tanpa siang
bayangkan aku

perlukah aku menyebut setiapnya
yang indahku tidak akan ada makna
bila kau sembunyi dan bermain lari-lari
separuh aku sudah pun mati

tak mampukah kau percaya
haruskah ku hebahkannya pada dengki dunia?
tidak bisakah kita sekadar pejam mata
biar jiwa bersuara

biar
biar
biar jiwa
bersuara

-Fynn Jamal-

November 2, 2010

Makna Sebenarnya

Doa aku iringi bersama .
Itu cara aku sentiasa ada .
Di sisi kau . 

Moga kita masing-masing kuat .
Sabar sedikit lagi .

We'll make it work together . 

*Lot of love , smile . Sebak*



October 18, 2010

Mixed up

I am a coward . Exactly .
Everything going upside down but it is end up with something good .
I relief .


***


I don't care what people around me said bout you , I love you . 

Even if I broke my ribs , it will not change the fact that I need you . 

Even if you left me behind , alone , till God make my heart empty , I'll stay .


***

I love you . 
Even you , people , who is getting annoyed with this sentence ,
I don't give a damn on whatever you might think .
Hey , don't you love your mommy and daddy ?
Brothers and sisters ?
Girlfriends and boyfriends ?
Your lover , loved one ?

HAHA .



October 15, 2010

The Way I Am



I'm not going to change the way I look
or the way I feel to conform to anything .
I've always been a freak .
So , I've been a freak all my life
and I have to live with that , you know .
I'm one of those people .
                                                      -John Lennon




Thank you Allah for giving me lovely creature of best friends you could offer. :)

October 7, 2010

Sudah-sudahlah tu .

Tak usahlah kau ambil peduli bila aku mahu seorang .
Ingat sini . 
Ingat ini . 
Ingat sampai mati .


Yang lama tak semestinya kukuh .
Yang baru tak semestinya rapuh .


Apa ada pada rupa ?
Kau butakah tidak melihat pada jiwanya ?


Kalau kata Tuhan aku tak bertahan bersama ,
ada rezeki lain buat kami .
Rezeki yang lebih baik .
Lebih berbaloi .
Lebih berharga .


Tapi kalau kata Tuhan aku bahagia bersama ,
memang rezeki aku .


Kau siapa mahu pertikaikan ?

September 22, 2010

A lullaby dedicated to Sayang



Banyak sudah
kedai lampu
aku masuk
Jika ada
yang berkenan
ku beli, ku bawa pulang
Tapi rata-rata
tidak tahan lama
fius terbakar, mentol pecah, wayarnya rosak
Kadang tiada apa-apa
cuma tiba masa
ia tidak sepadan dengan ruang dalaman
Hingga suatu malam
aku lihat dia
yang selama ini memang di situ
lain dari lampu yang lain-
bukan untuk dibeli,
bukan untuk dibawa pulang
aku mahu capai namun tidak sampai
tinggi, teguh, silaunya hebat
si lampu jalan

-Lampu Jalan by Wany Ardi-

August 30, 2010

Berubah


Kalau kau katakan aku berubah ,

Ya . 
 Jawapan aku . 


Cuma , maaf , ini bukan yang aku mahu . 
Cuma sesuatu yang mendesak .



Berapa kuat aku datang , 
Makin kuat kau tolak . 


Had itu sudah di paras merah .
Tahap maksima .


Kau hadiah dari Tuhan .
Terima kasih .

August 24, 2010

Aku Takkan Lupa Sampai Mati

Maaf . Entri sedih . Tak tahu kenapa rasa macam mahu tulis cerita ini .

***
9 Sept 2006 , petang .

Hari itu aku keluar dengan kawan-kawan . Balik , buka kasut merata , terjah katil . Main-main mesej dengan kawan lagi . Masa itu , dengar Abah bagi salam . Ohh , Abah dah balik . Nampak muka Abah penat sangat hari tu . Aku tegur Abah , senyum dekat Abah tapi tak salam pun tangan Abah macam biasa aku buat sebab aku penat . Malas nak bangun . Abah pun balas senyum , tanya aku dah makan ke belum . Aku jawab , sudah . Dengan kawan-kawan tadi . Ohh lupa . Aku tidur bilik emak . Sebab rumah aku ada dua bilik aje . Lepas tu , Abah solat . Habis solat , abah siap-siap nak keluar balik . Aku tanya , mana Abah nak pergi mana ? Abah jawab , nak pergi rumah Kak Su (kakak nombor dua) dekat Selayang . Aku cuma "ohh" kan aje . Abah cakap dengan aku , "Nor Atiqah , jaga diri tau . Jaga solat ." Aku cuma jawab okay . Lepas tu , Abah terus gerak keluar naik motor cikainya . Aku tengok je . Aku intai dari tingkap . Dalam hati , aku merungut kenapa Abah keluar cepat sangat , tak sempat nak salam cium tangan .

***
Malam tu , aku lepak kat ruang tamu tengok tv . Mak tidur awal sebab mak kata tak sedap hati . Mak nak tidur . Berapa minit lepas tu , dalam jam 10.30 , Abang As (sepupu) balik rumah . Cemas . Terus masuk bilik mak yang dia tak pernah-pernah buat . Biasanya Abang As akan panggil mak , dan mak keluar dari bilik . Kali ini , Abang As terus masuk bilik . Bisik dekat mak , "Makcik , pakcik excident . Dekat selayang . Teruk . Sekarang dekat ICU ." Mak terkejut gila . Dan aku rasa cuak masa tu . Kami terus bersiap dan gerak ke Hospital Besar Selayang . Masa kami dah sampai ke ICU , ramai dah saudara yang ada . Aku masuk tengok Abah sama-sama dengan Along . Aku masuk , hening . Jalan depan sikit lagi , nampak Abah tengah baring . Bengkak . Teruk . Aku meraung satu ICU . Along pun nangis . Along tak tahu nak pujuk aku . Aku peluk abah , tak sangka benda ni jadi , sekelip mata . Walhal , baru petang tadi aku jumpa Abah .

***

Abah makin sembuh . Mungkin berkat mak dan saudara yang lain baca Yassin . Abah nampak tenang . hari-hari ada saudara yang ziarah . Aku gembira . Hari-hari aku cium tangan Abah . Cium pipi Abah . Baca Yassin untuk Abah .

***

16 Sept2010

Abah kritikal balik . Abah koma . Abah tak sedar dah seminggu . Doktor periksa . Lama . Bila doktor keluar , dia jumpa dengan mak . Dia cakap , Abah kena jangkitan kuman . Aku terus pergi dekat Abah , minta ampun , meraung macam mana pun , aku tahu masa Abah dah nak sampai . Janji dia dengan Allah sampai situ je . Aku peluk Abah . Masa itu , baru aku teringat pesan terakhir Abah . Jaga diri , jaga solat . Masa mak minta ampun dengan Abah , nampak air mata Abah jatuh kat pipi kanan . Sedih sangatlah . Aku meraung semahu-mahu . Abah pun pergi ..



*Abah tinggalkan Tiqah . Tiqah sayang Abah . Abah suka manjakan Tiqah . Mana-mana lelaki pun tak boleh layan Tiqah macam Abah layan Tiqah . Mungkin Tiqah cuma akan cinta lelaki yang boleh layan Tiqah , manjakan Tiqah , faham Tiqah macam Abah . Mana-mana Tiqah pergi pun Abah ada sebab Tiqah kan Nor Atiqah Binti Amirruddin . 

-Menangis tak hengat masa post entri ni . Plus , tengah sunyi .

July 28, 2010

He Is My Legend

Pada 25 Julai 2010 , aku ke Sepang . Bersama Nabil ke kafe siber bermain game *akibat kebosanan yang melampau dan tidak dapat ditahan lagi . Sebentar , aku buka laman Facebook dan kelihatannya di situ gambar-gambar semasa kecil yang aku sangkakan telah hilang . Nasib Along tagged . But , the moment I opened the picture , I couldn't held my tears out . Ohh , terasa benar rindunya . Terasa benar kehilangannya .

  Me , age 2 .

Me , age 3 .

Me , age 8 .

Yes , he is a cat lover .

He is a hero .
He is a legend .
He is my Abah .
*Biar lahir berapa ramai lelaki pun , tak akan sama istimewanya beliau dalam hati saya .  
 
Al-Fatihah ..