August 20, 2011

Maaf Sedalam Hati

Betullah orang cakap (tak pasti ada atau tak dalil/ayat Al-Quran yang mensahihkan ayat ini) , sesiapa yang bermuhasabah diri sehingga menitiskan air mata sebelum mati sekejapnya , dia tentu peroleh kesedaran yang sangat mendalam .

Beberapa malam ini aku rasa tak seronok , macam ada sesuatu yang merunsingkan , membebankan , menyakitkan dan menyesakkan . Tak minta , tapi memori-memori dulu-dulu semua bermain kat otak semula . Kisah-kisah dikhianati dan mengkhianati , disakiti dan menyakiti , dikata dan mengata . Satu-satu terimbas .

Mulut kalau dah bercakap dengan hati panas , memang menyakitkan orang lain . Hati kalau disakiti , macam ada dendam . Telinga kalau dah tau diri ni diperkata dan dimaki , serta merta fikir balik apa mulut dah cakap sampai orang lain sakit hati , terasa hati , kecil hati dll . Betapa banyak dosa dengan orang lain atas sebab ego dan pentingkan diri sendiri .

Kemudian , rasa sakit bila orang yang kita percaya , sayang dan ngam dengan kita , sebar fitnah itu ini tentang kita . Cakap itu ini tentang kita .

"Dia cakap kau blablabla ."
"Kau tak tahu ke , dialah yang kata kat aku kau ni blablabla ."
"Kau tahu , dia cakap kau buat blablabla kat dia ."


*"Dia" merujuk kepada aku .
*"Kau" merujuk kepada orang yang disampaikan cerita fitnah tu .

Allah nak tunjuk , dengan cara macam mana sekali pun , aku tetap akan tahu . Untuk kau . Aku maafkan kau . Ada sebab kan kau buat macam tu ? Sebab yang hanya kau saja tahu . Untuk orang yang percaya dan hanyut dengan cerita-cerita itu , aku mohon kemaafan dari kalian atas segala kekhilafan aku .

Sempena Hari Raya yang bakal tiba ,
aku mengambil kesempatan ini untuk memohon kemaafan daripada kalian yang pernah terasa hati dengan aku , yang merasakan bahawa aku manusia paling tak guna dalam dunia ,
yang beranggapan aku adalah perempuan paling sial tingkah lakunya ,
yang mengatakan aku perempuan yang bangsat tutur katanya ,
yang menjadi pembenci aku yang tegar ,

maafkan aku dari hujung rambut hingga hujung kaki atas segala kesalahan dan kesilapan .
Sungguh , aku memohon kemaafan yang seikhlasnya dari kalian yang terlibat .

Entah kali keberapa maaf yang aku pinta , hanya itu yang aku mampu . 
InsyaAllah kesilapan dan kesalahan itu tidak akan berulang .
Maafkan aku seikhlasnya .

No comments: